Uncomplete Life !
Monday, February 24, 2014 | 1:12 AM | 0 hearts♥
Assalamualaikum | WaalaikumusalamHai semua para pembaca :D Awak semua sihat tak? Hmm.. Alhamdulillah saya sihat tapi mungkin tak sekuat dan setabah dulu ~ Mesti semua tertanya tanya kenapa saya cakap macam tu kan? About love again? No la . This is about my beloved father.. Pada 11.12.13 abah tercinta saya telah meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya.. Saya memang sedih sangat tapi ibu saya jauh lebih sedih berbanding saya sebab teman hidup dia selama berpuluh tahun telah pergi.. Tarikh lawa bagi awak semua mesti sesuai untuk couple la, date la dan lain-lain tapi kami sekeluarga telah menjadikan tarikh tersebut sebagai kenangan paling pahit.. Perginya HERO, SUAMI, BAPA, PENJAGA dan segala-galanya buat kami iaitu Almarhum Encik Mohamed Bin Aman.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang yang soleh dan orang yang beriman.. Aamiin :') Sampai saat nie saya masih teringat dan terbayang arwah abah saya yang saya sangat banggakan dan sangat saya kasihi.. Takdir telah tertulis yang saya hanya dapat merasai kasih sayang seorang ayah setakat 17 tahun sahaja.. Apakan daya saya tiada kuasa mahupun hak untuk menolak takdir yang Maha Berkuasa.. Hari demi hari telah kami sekeluarga tempuhi bersama dan saling kuat-menguatkan.. Tapi saya tahu ibu saya tidaklah setabah pada pandangan kasar.. Ikatan batin antara anak-anak dan ibu dapat menghubungkan rasa empati dalam diri kami.. Kami, anak-anaknya dapat merasakan kehilangan yang sungguh berat buat ibu kami yang tercinta.. Bila situasi begini berlaku , saya semakin dilema untuk berfikir , adakah patut saya sambung belajar kelak? Saya takut saya akan tinggalkan ibu saya jauh dan merantau ke negeri orang untuk meneruskan pelajaran dan cita-cita yang sejak lama saya impikan.. Saya sudah berjanji kepada abah saya yang saya bakal menjadi seorang doktor dan membanggakannya suatu hari nanti.. Tapi azam saya masih tak tercapai.. Tinggal ibu saya sahaja yang masih ada untuk saya buktikan.. Betapa ingin hati ini meronta sekuat-kuatnya untuk menunjukkan betapa perihnya kehidupan yang sekarang terpaksa kehilangan seorang insan yang sungguh baik dan menjadi idola kami adik-beradik~
Tapi saya tahu kami pasangan kembar lebih bernasib baik kerana dapat berjumpa abah kami sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.. Sedangkan kakak kami Natrah Fazira Mohamed merupakan anak yang manja dengan abah kami tidak dapat berjumpa abah kami sewaktu di akhir hayatnya.. Bagi dia dapat melihat jasad dan memandikan arwah untuk terakhir kalinya sudah memadai.. Saya sedih melihat wajah hampa kakak dan abang saya yang hanya dapat melihat abah kami tetapi tidak dapat berbicara dengannya lagi sewaktu bersua.. Tapi apapun kami ikhlas serta redha atas kepergiannya meskipun berat kerana kami sekeluarga tidak mahu arwah terseksa melihat kami bersedih.. Yang hidup mesti teruskan kehidupan yang masih tersisa dan mendoakan beliau.. Abah pernah cakap "takpela , adik takpayah masuk asrama la nanti rumah sunyi.." dan abah pernah cakap "natrah bila kamu nak balik , abah nak makan satay".. Abah selalu pesan "Kalau kamu nak berjaya , bukan kena usaha dan belajar.. solat kena dirikan dan jangan solat bila waktu da nak habis.. sbb doa kepada Allah tu lebih penting..." In sha Allah yaya sentiasa mengingati pesanan abah dan yaya sentiasa mengirimkan doa kepada Abah sebab yaya nak pahala abah sentiaa bertambah.. ABAH !! Semoga kita berjumpa di bulan Ramadhan akan datang.. Tapi bila tiba Ramadhan , yaya berharap Syawal takkan tiba sebab hanya dalam bulan Ramadhan je roh dibenarkan pulang untuk melihat ahli keluarganya.. hmmm :( Al Fatihah buat Almarhum abah saya En. Mohamed bin Hawa.. Terima kasih family dan sahabat kerana menguatkan saya.. Saya kenal sahabat saya sekarang...!