//BeautifulMe.

Bonjour ♥


Hi , Natrah Fariha Bt Mohamed . Im sweet 8teen already . Matriculation of KMKt student . Having a beautiful life with my family , friends and also my busuk :) I do love them . 4Flat is my aim . Keep me strong .


FAT ♥

Perkenalkan ! He is Mohamad Fatihin Bin Shahrolniza . My busuk , boroi , gemok . Insya Allah , he will always by my side every second of my life . I do love him . I miss you always cinta ♥ Fatfar_6JAN


Peritnya Hidup
Sunday, August 24, 2014 | 9:04 PM | 0 hearts♥
Assalamualaikum | Waalaikumusalam

Holla. Hai. Erm today i would story about my past examination on UPS. Hmm. Firstly, please wish me luck for my result soon ~ Started from that tuesday (12.8.14) until thursday (14.8.14) , my subject course is MUET, CHEMIS, MATH, BIO and SC Comp. Im done my best , just that. And now Im gonna tawakal and redha for all my result soon. I know that's all is Allah works.. 

         Can I talk about my lovely dad? Saya rasa kehilangan dia kembali baru-baru nie.. Taktahu la sebab apa mungkin sebab terlalu stress and upset dengan semua yang terjadi kowt.. I think Im gonna change college of matriculation from kelantan to selangor.. hermmm.. Tinggal ibu je sekarang satu-satunya insan yang terlalu bermakna untuk saya dan saya takut kehilangannya, semoga ibu saya panjang umur.. Bila ibu masukkan gambar kita adik beradik dekat facebook, saya rasa betul-betul nak menangis ditambah pula dengan caption dekat gambar tu.. Ya Allah, lindungi la ibu hamba di mana pun beliau berada dan semoga beliau sentiasa di bawah perlindunganMu..

          Semoga keputusan UPS yang tak lama lagi akan keluar tidak diketahui ibu.. Ya Allah, rasanya aku gagal chemis agaknya.. Dari cara lecturer tuto cakap tadi, aku critical.. critical tu kalau dekat wad ICU tahap-tahap nak mati wehh.. Tapi aku rasa setakat nie kuiz dengan assignment aku buat dengan baik dan faham dengan baik je.. Actually, soalan UPS tu betul-betul susah.. herm knp la dengan aku nie.. kurang ke usaha aku selama nie.. di mana silap aku sebenarnya..? Saya mungkin tak sebagus orang lain nak mengikuti program matrikulasi nie, tapi disebabkan terpilih, ibu terus daftar mungkin sebab banggakan anak-anak dia.. walaupun kenyataan sebenar-benarnya, saya tidak la sepandai mana.. saya kalau ikut hati, nak masuk diploma.. DIPLOMA SAINS.. Tapi keputusan seorang ibu adalah segala-gala buat saya setelah saya kehilangan ayahanda tercinta selepas saya duduki peperiksaan besar, SPM.. Saya taknak menyesal atau mengecewakan ibu saya yang amat bermakna buat saya sebab kekecewaannya adalah keperitan buat saya.. Tapi saat nie saya betul-betul diuji fizikal dan mental.. Ya Allah, hanya engkau yang mengetahui betapa penat dan tertekannya hambamu ini saat nie.. Saya tak cakap ibu saya salah dalam menentukan pilihan untuk melanjutkan pelajaran sebab ibu saya nak yang terbaik buat saya.. Saya tahu dan saya faham tu..

           Taktahu la kenapa semenjak kehilangan ayahanda tercinta, separuh dari keyakinan serta semangat saya turut hilang.. terkubur yang tak dapat nak dikembalikan.. Tolong sesiapa bagitahu saya macam mana caranya saya nak semai dan suburkan balik setengah diri saya yang da terkubur tu.. URGHHHHH !!! Why hah my life be like this.. LIFELESSSS ~ CIK MAMAT, I Miss You.. Nak sangat sebut panggilan ABAH.. Bila tengok status semasa adik beradik, semua terasa kehilangan abah.. Sedih dan sayunya hati saya bila tengok keadaan kami adik beradik macam nie.. Sedangkan ibu kami lagi terasa kehilangan.. Ya Allah, kuatkan la kami menjalani ujian mu ya Allah, jangan biarkan kami terus dibawa arus kesedihan yang entah bila akan hilang.. sesungguhnya kasih sayangmu terhadap abah kami adalah lebih besar dari kasih sayang kami terhadap abah kami.. Hendak kami redha akan kepergiannya tapi mengapa ianya hanya terucap dalam kata-kata dan tulisan kenapa tak terdetik di hati untuk mengikhlaskan.. ketahui la bahawa untuk mengikhlaskan sesuatu yang penting bagi kami adalah susah untuk kami..




Hadirnya Dia~
Monday, February 24, 2014 | 1:43 AM | 0 hearts♥
Assalamualaikum | Waalaikumusalam

Holla ! Again ~ Sekali lagi saya update post yang terbaru.. Nampak tak tajuk saya dekat atas tu? Hehe . Mestilah nampak kan? Hadirnya dia.. Dia siapa? Siapa ye? Awak semua rasa? Okay , straight to the point . Saya tak suka berbelit belit.. Dia adalah teman hidup.. In sha Allah dia yang terima saya seadanya.. Maaf , mungkin post saya sebelum nie kata Muazzam adalah yang terakhir.. Tapi saya manusia biasa.. Taktahu perancangan Allah yang sesungguhnya.. Saya bersyukur dipertemukan dengan insan nie.. insan yang telah diberi nama Mohamad Fatihin bin Shahrolniza :p Kami tak kenal rapat pun sebelum nie.. Saya tak kenal lansung mamat poyo nie.. Tapi adik sepupu dia yang pertemukan kami.. Ecewahhh ~ Hahaha !! Kami kenal pada 22.12.13 , waktu nie saya berada di Kajang , rumah makcik saya.. Kami berada di sana sebab nak buat tahlil arwah dan sambut hari lahir anak buah :D Nak saya kongsi cerita sikit tak pasal dia? Boleh boleh.. Nak dengar tak? Dia nie pendek , gemok , poyo , nakal , suka marah , suka membebel , manja ! Opssss ~ Mohon jangan percaya.. Ekcelli , Fatihin nie seorang yang baik sangat , cukup baik.. Mungkin bukan di mata orang lain , itu saya tak kesah tapi di mata saya dia baik.. Dia caring dan garang.. Serioussssly..!! Time saya kerja snogurt sebelum nie.. Kalau pergi kerja kena bawak air satu botol dan payung.. Katanya nanti hujan time balik kerja macam mana.. Haha.. Then bila da tak kerja nie , kerja saya makan je la.. Dia nie la punya pasal.. Hehe.. Satu hari kena makan tiga kali sehari.. Tgh hari , petang dan malam.. Bukan gemok badan , gemok pipi je :/ Dia kata lebam ~ nampak tak nakal dia dekat situ? Woooo , jangan terkejut , saya suka buat dia marah dan suka sangat cari gaduh dengan dia.. Tapi alhamdulillah dia nie "penyabar" la jugak ! Hahahahaha.. Ye , dia penyabar.. Walaupun saya suka buat perangai tak menentu , dia selalu mengalah dan memahami.. Dan dia nie suka merepek taw :p kenapa? Sebab tak habis-habis cakap saya "comel" la, "cute" la sedangkan saya garang kan kan kan?! Hubungan kami takde la lama mana tapi in sha Allah kami cuba kekalkan.. Saya gelarkan hubungan kami nie sebagai hubungan jarak jauh walaupun takde lah jauh mana.. Saya jarang jumpa dia , sebulan sekali je.. Baru la rindu bermakna.. ecehhhh.. Tapi saya taktahu la macam mana kalau saya kerja sogo nanti.. Mesti jarang mesej , call or jumpa.. Heyyoooooo~ Belum sambung belajar.. Saya taknak cakap apa-apa sebab kami masih terlalu baru , masih memerlukan masa yang panjang untuk lebih memahami isi hati masing-masing.. lol :D Kenangan lama saya tak lupakan sebab kenangan lama mengajar saya lebih menghargai , lebih memahami dan lebih matang.. Terima kasih awak..! Kita masih boleh menjadi kawan bukannya lawan taw.. To be honest , saya sayang Fatihin ~ Sampai sini je cerita saya dengan dia.. Kalau ada umur yang panjang , pasti kita bersua lagi di post seterusnya .. Bye ! Assalamualaikum..



Uncomplete Life !
| 1:12 AM | 0 hearts♥
Assalamualaikum | Waalaikumusalam

Hai semua para pembaca :D Awak semua sihat tak? Hmm.. Alhamdulillah saya sihat tapi mungkin tak sekuat dan setabah dulu ~ Mesti semua tertanya tanya kenapa saya cakap macam tu kan? About love again? No la . This is about my beloved father.. Pada 11.12.13 abah tercinta saya telah meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya.. Saya memang sedih sangat tapi ibu saya jauh lebih sedih berbanding saya sebab teman hidup dia selama berpuluh tahun telah pergi.. Tarikh lawa bagi awak semua mesti sesuai untuk couple la, date la dan lain-lain tapi kami sekeluarga telah menjadikan tarikh tersebut sebagai kenangan paling pahit.. Perginya HERO, SUAMI, BAPA, PENJAGA dan segala-galanya buat kami iaitu Almarhum Encik Mohamed Bin Aman.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang yang soleh dan orang yang beriman.. Aamiin :') Sampai saat nie saya masih teringat dan terbayang arwah abah saya yang saya sangat banggakan dan sangat saya kasihi.. Takdir telah tertulis yang saya hanya dapat merasai kasih sayang seorang ayah setakat 17 tahun sahaja.. Apakan daya saya tiada kuasa mahupun hak untuk menolak takdir yang Maha Berkuasa.. Hari demi hari telah kami sekeluarga tempuhi bersama dan saling kuat-menguatkan.. Tapi saya tahu ibu saya tidaklah setabah pada pandangan kasar.. Ikatan batin antara anak-anak dan ibu dapat menghubungkan rasa empati dalam diri kami.. Kami, anak-anaknya dapat merasakan kehilangan yang sungguh berat buat ibu kami yang tercinta.. Bila situasi begini berlaku , saya semakin dilema untuk berfikir , adakah patut saya sambung belajar kelak? Saya takut saya akan tinggalkan ibu saya jauh dan merantau ke negeri orang untuk meneruskan pelajaran dan cita-cita yang sejak lama saya impikan.. Saya sudah berjanji kepada abah saya yang saya bakal menjadi seorang doktor dan membanggakannya suatu hari nanti.. Tapi azam saya masih tak tercapai.. Tinggal ibu saya sahaja yang masih ada untuk saya buktikan.. Betapa ingin hati ini meronta sekuat-kuatnya untuk menunjukkan betapa perihnya kehidupan yang sekarang terpaksa kehilangan seorang insan yang sungguh baik dan menjadi idola kami adik-beradik~

Tapi saya tahu kami pasangan kembar lebih bernasib baik kerana dapat berjumpa abah kami sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.. Sedangkan kakak kami Natrah Fazira Mohamed merupakan anak yang manja dengan abah kami tidak dapat berjumpa abah kami sewaktu di akhir hayatnya.. Bagi dia dapat melihat jasad dan memandikan arwah untuk terakhir kalinya sudah memadai.. Saya sedih melihat wajah hampa kakak dan abang saya yang hanya dapat melihat abah kami tetapi tidak dapat berbicara dengannya lagi sewaktu bersua.. Tapi apapun kami ikhlas serta redha atas kepergiannya meskipun berat kerana kami sekeluarga tidak mahu arwah terseksa melihat kami bersedih.. Yang hidup mesti teruskan kehidupan yang masih tersisa dan mendoakan beliau.. Abah pernah cakap "takpela , adik takpayah masuk asrama la nanti rumah sunyi.." dan abah pernah cakap "natrah bila kamu nak balik , abah nak makan satay".. Abah selalu pesan "Kalau kamu nak berjaya , bukan kena usaha dan belajar.. solat kena dirikan dan jangan solat bila waktu da nak habis.. sbb doa kepada Allah tu lebih penting..." In sha Allah yaya sentiasa mengingati pesanan abah dan yaya sentiasa mengirimkan doa kepada Abah sebab yaya nak pahala abah sentiaa bertambah.. ABAH !! Semoga kita berjumpa di bulan Ramadhan akan datang.. Tapi bila tiba Ramadhan , yaya berharap Syawal takkan tiba sebab hanya dalam bulan Ramadhan je roh dibenarkan pulang untuk melihat ahli keluarganya.. hmmm :( Al Fatihah buat Almarhum abah saya En. Mohamed bin Hawa.. Terima kasih family dan sahabat kerana menguatkan saya.. Saya kenal sahabat saya sekarang...!



Between Truth And Lie
Monday, December 02, 2013 | 4:51 AM | 0 hearts♥
Assalamualaikum | Waalaikumusalam

Holla peep(s) ! Hehehe . Lama kan tak update blogger nie? Hurm , nak buat macam mana kan tuan punya blogger nie budak Espiyem 2013 . So , sekarang sudah freedom dari zaman persekolahan la katakan dan banyak masa sampai tak tahu nak buat apa daaa ~ Berhabuk jugak la blogger saya nie kan kan? Ekcelli banyak perkara yang nak diceritakan , dari kisah hidup sampai la ke SPM dan penutup dia kehidupan baru dalam bulan yang baru iaitu bulan DISEMBER 2013 !!

              Okay guys and girls , now nak cerita tentang SPM . Wah , rasa lega bila dapat tempuhi minggu - minggu SPM sebenarnya . Paper BM sampai la paper Biology teramat la susah tapi atas izin Allah SWT yang menentukan segala qada dan qadarnya , dapat la saya jawab dengan baik . Semoga saya dapat mengenggam segulung keputusan yang membanggakan ibu bapa saya yang tercinta iaitu En. Mohamed dan Pn. Zaharah . Eh , saya juga tak lupa untuk doakan sahabat-sahabat tercinta saya iaitu Marina Shahira , Shahiza , Nurul Aliya , Maizatul Anisah , Yusreena , Fatini Alia , Nik Amir Hakim , Yusnidah , Siti Azura , Daniyana , Farina , Syazana , Suhada dan Waheeda . Ramai kan sahabat - sahabat saya :) Saya suka berkawan ! I wish all the best for you all . Straight A's or flying colours in your result alright then? Wish me luck too . I'm too worried la about that . By the way , let pass by pass and now enjoy for our freedom , opsss ! Hehehe .

                Next , about my love story . Okay , let's start with bismillahirahmanirahim :) Sebelum tu saya mohon maaf andai apa yang ingin saya katakan akan mengguris mana - mana hati yang tidak sengaja saya guris . This is about our relationship , between Muazzam and Fariha . Yup , Muazzam Bin Mohamad Rosli is the one and only I Love until right now . No reason for me to ove him , just love . Love does not need any reason for someone to love someone that them really love . This truth and I really believe it . I do not care if he is not perfect , because i do not want someone whose are perfect . I do not care if he was not romantic because romantic is not promise a relationship will going ever after . I am just want he be his own self . Yeah , that is make me love the way him are .

                Apakan daya hubungan kami hanya bertahan selama 2 tahun 1 bulan 3 hari . Mungkin ini takdir Allah yang menentukan segala-galanya . Siapa la saya nak melawan qada dan qadarnya . Tapi saya tak berharap akan mendapatkan pegantinya sebab dia takkan dapat digantikan dengan mana-mana lelaki pon . Kalau saya ada peluang menyatakan perasaan saya kepada dia , saya cuma nak beritahu dia . Muazzam , saya bahagia mengenali awak dan perlu awak ketahui , saya tak pernah menyesal mengenali awak . Awak , saya bahagia kalau awak bahagia . Saya berharap awak akan menjumpai peganti saya yang lebih layak bersama awak . Saya ikhlas andainya awak takpernah mengingati saya sepertimana saya mengingati awak dalam tiap-tiap hari yang saya jalani . Saya menunggu awak sampai saat nie tapi saya tak minta awak kembali kepada saya sebab saya cuma nak buktikan kepada awak yang saya betul-betul terima awak seadanya . Biarlah awak jadi yang terakhir dalam hidup saya sebelum saya menghembuskan nafas terakhir saya . Satu ucapan terakhir saya untuk awak , TERIMA KASIH kerana pernah membuat saya tersenyum dan hadir dalam hidup saya serta mengubah saya ke arah yang lebih baik . Esok adalah harinya awak , 3.12.2013 , 2 tahun 7 bulan walaupun tiada makna pada awak . Saya masih menghitungnya kerana awak sangat bererti buat saya . Maafkan saya awak pernah melukai hati awak .

                    Tentang kehidupan baru dalam bulan baru iaitu Disember 2013 :) Walaupun saya dah habis SPM , saya lansung tak gembira sebenarnya sebab saya tak dapat nak berkumpul dengan kawan-kawan dan bergurau senda dengan para guru yang saya sayangi . Lagipun muazzam da sambung belajar dekat poli kedah . Dia happy je dekat sana sebab dia kata ada budak dekat sana muka dia macam saya dan ada budak yang sama muka macam syuhada . Adakah maksudnya dia mengharapkan ......? Mungkin , takpe la saya da ikhlas untuk kebahagiaan awak . Jarang dia tanya khabar saya... Hmmmm.. Sedih sebenarnya rasa dihati saya :( Saya dah habis SPM awak , awak kata lepas SPM . Ohhhhh ! Janji ~ Saya tahu itu sengaja awak nak sedapkan hati saya dan saya faham sekarang . Saya rasa dah takde perkara penting yang saya nak cerita atau katakan da . Saya harap orang sekeliling saya bahagia bersama orang yang mereka sayang . ALFA dan NANAIS :) Saya doakan agar awak semua berkekalan hingga nafas yang terakhir . Takpe , kehidupan saya masih panjang dan saya tak berfikir nak bercinta dengan mana-mana lelaki lain . Saya undur diri dulu . Assalamualaikum dan Salam Isyak semua . Semoga kita sentiasa beribadah kepada Allah yang satu :) In sha Allah .






Menunggu :)
Friday, October 11, 2013 | 1:15 AM | 0 hearts♥
Assalamualaikum | Waalaikumusalam

Hmm . Hai semua ! Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah . Saya? Demam :( Takde sorang pun faham apa yang saya sedang rasakan dan hadapi ~ kenapa semuanya ego? Hati takboleh paksa ~ itu semua dari lubuk hati dan datangnya perasaan tu kerana Allah . Cakap memang senang , saya pon boleh cakap !! "Lupakan dia".. Tahu tak , kalau saya boleh lupakan dia , hidup saya mungkin tak sesedih nie ~ Sebab sayang dah sebati dengan hati dari dulu ~ 2 years 5 months . Bukan sekejap , lama tahu tak lama . Ya Allah , tabahkan hamba untuk hadapi semua ini .

          Korang happy memang la boleh korang cakap macam macam , suruh buat itu buat ini . I'm not a kid !! Please , understand me :"( Hmm.. Biar la bodoh sekali pun , biar la nampak desperate sekali pun , saya takkan berhenti cinta , sayang dan menunggu muazzam . he is the only one for me . I don't need someone else . I hope you understand . Please understand me and please empathy for me .

          What should I do? He will leave Kuala Lumpur about one month more . Hmm :( He will stay Kedah . Ery kata dia muram sebab nak pergi poli dah . Mesti la dia sedih kan.. Nak tinggalkan yang penting-penting dekat KL nie ~ Kawan kawan dia and someone special but not me . Saya berharap saya akan jadi seorang yang penting untuk dia . Maybe one day he will realise , I will always stay by him side to support him .

           Saya takpernah dan takkan berubah hati ~ percaya la . Saya percaya kan awak tapi awak da buat keputusan jadi saya terima je ~ Bye awak . Saya nak study . Wish me luck ~ in sha Allah . 9A+ SPM ~~

MUAZZAM BIN MOHAMAD ROSLI - You are special part of me even we are haven't relay between us !!



Kehilangan Awak :(
Friday, June 14, 2013 | 3:15 AM | 0 hearts♥
Assalamualaikum | Waalaikumusalam

Hai , apa khabar semua ? sihat tak sihat tak ? Saya sihat tapi rinduuuuu . Awak rindu saya tak ? haha . dah dah , jangan gedik . Hmm . Bukan nak uar-uarkan tapi nak story mory sikit dengan sahabat saya . Sedih gila :'( saya da break dengan si "Dia" tapikan saya masih sayangkan dia dan sedang merindui dia . Saya masih menanti dia ! Hurm . Tapi tak guna aku setia . Sebab "Dia" da benci saya la. Da takde sayang di hati dia buat saya. Hmm , nampaknya harapan nak kembali bersama tu tipis dan takde lansung rasanya. Hope sangat dia dapat pasangan yang jauh lebih baik dari saya . Semestinya kan . Saya harap perempuan tu jaga awak elok-elok , buat awak happy , takbuat awak sedih , takbuat awak rasa rimas dan takbuat apa yang saya da buat dekat awak . Saya memang tak pandai jaga awak . Takmudah saya nak lupakan awak , meskipun dekat luar sana ramai lelaki handsome dan sedang mengejar saya . Eeeee , perasannya aku nie . Bukan kejar tapi minta couple . Hmm , tak terima pun . Haha . Sebab fikir kau ahh nie ! Kau tak fikir aku kan~ Sedih :( Untung la da dapat pengganti saya . Mesti lawa dan baik .

Saya da banyak berubah , mungkin awak tak nampak tu . Saya berubah berkat awak jugak. Saya bangga bertudung sekarang :) Saya semakin sedar bahawa bukan mudah kita pertahankan apa yang kita dah dapat . Apa yang saya belajar dari Ery adalah "Andai kita berjodoh , takkan ke mana jugak.. kita mesti bertemu di satu saat.." Haih , sedih dengar~ Bagi saya kata-kata tu mungkin tak terjadi pada kita sebab awak dah pun ada pengganti , takkan saya nak ganggu . Kalau ada la orang yang serupa dengan awak , mesti saya akan cari orang tu.. Haha . *angan-angan* dalam kepala saya nie isi dia awak je ke ha? Dari tadi curhat pasal awak. Urghhh~ makin sedih aku macam nie ! Dah la tu.. Bye .. Assalamualaikum :)



Jalan awak~
Monday, May 27, 2013 | 10:12 AM | 0 hearts♥
Assalamualaikum | Waalaikumusalam

Hai , apa khabar? Hurm.. Saya taksihat da seminggu~ Tapi buat saya rasa macam nak mati lagi bila dia mesej minta break.. Why awak buat saya rasa macam nie untuk kedua kali? kenapa awak? tahun nie saya SPM ! awak tahu kan susah saya nak fokus macam nie !! tapi kenapa awak takde sikit pon rasa empati tu~ Saya selalu support awak.. tapi nie awak bagi dekat saya?? nie cara awak tunjuk awak nak saya buat terbaik SPM..? Awak.. awak fikir maaf awak mampu buat saya tersenyum dan bangun ke untuk SPM ? Trial bulan 8 !! bulan lapan hanya tggal 2 bulan je lagi~ sanggup awak buat macam nie? Hurm.. saya tak benci awak, saya sayangkan awak sampai saat nie~ saya tak mungkin benci awak sebab awak mengubah saya menjadi lebih baik.. awak da ubah saya dari tak bertudung kepada bertudung.. alhamdulillah sampai sekarang saya bertudung~ awak tahu saya calon straight A's? Awak rasa saya boleh ke dapat dalam keadaan macam nie? kenapa la awak buat macam mana zul buat dulu? kenapa? Yaya please stop crying~ Damn so much okay yaya !! Urghhh~ tak cukup ke Kesetiaan saya selama nie? Saya menanggung rasa sakit untuk kali kedua ! Saya berdiam nak bagi awak rest , tapi awak malah ambil keputusan macam nie? Fine. Ini jalan awak yang pilih bukan saya. Dulu saya pernah berharap zul akan cari saya lepas putus dengan saya dulu.. then , bila saya da bahagia dia datang cari saya sekarang and suruh saya bagi peluang kedua.. sekarang , adakah saya harus berharap awak akan menyesal dengan keputusan awak? Tapi saya rasa awak takkan pernah menyesal sebab ada perempuan yang lebih lawa da curi hati awak.. saya akan tengok dalam masa sebulan tentu awak akan dapat gantikan saya.. Saya ucapkan tahniah dan semoga bahagia sayang.. Hurm.. saya akan tunggu awak.. tapi buat masa sekarang saya takkan rapat dengan mana-mana lelaki.. sebab hati saya terlanjur sakit~ hurm.. taktahu nak cakap apa lagi.. bye.. Assalamualaikum..I wish You Goodluck for your STPM coming soon~